1. IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS
Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina
Hasil Tulisan dan Ensiklopedia
Sebagai
seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau
banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan
karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya
dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih
kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang
perubatan.
Antara
karya beliau yang terkenal adalah “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan
Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun
1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.
Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona
sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12
Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber
rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya
di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi
Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan
rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah
menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya
ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan
satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah
dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun,
karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa
Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.
Selain
daripada “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya
yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak
mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit
beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.
Teori-teori dan Pendapat
Penulis-penulis
barat menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Doktor” kerana beliau telah
menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga
pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama
pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih
baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu
cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.
Beliau
telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan
psikosomatis atau “psychosomatic medicine” yang menggabung ilmu
psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan
emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui
denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa
beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan .
Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para
hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang
menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981)
menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi
sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi
mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.
Ibnu
Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur
iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan
sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada
unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud
ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi,
selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga
memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan
dan proses penyembuhan.
Ibnu
Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit
mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya ,
beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara
berikut:
Caranya
adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu
jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi
tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah
mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan ,
rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda
tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan
kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan).
2.2.3 Penemuan-Penemuan
Ibnu
Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit
paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh
menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda
penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat
berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah
banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Ibnu
Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis,
beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga
menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice).
2. ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM
Sumbangan dan Pencapaian
Di
kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu
pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga,
Abu Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi
pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf
halus, pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot.
Selain
itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit.
Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran
dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk
At-Tasrif liman ‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas
diagram mengenai 200 peralatan pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut
memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan
perubatan pergigian.
Pada
bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu, beliau
menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang yang
remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang
pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin.
Buku itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran
pergigian di Eropah. Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut
telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di
Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam
bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan
lain di Eropah.
Pada
abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik
adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160
mempunyai lebih daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli
farmasi di Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke
dunia perubatan. Dr. Donald Campbell dalam bukunya, Arabian Medicine and
Its Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa buah fikiran Abu
Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah, beliau
pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi
tinggi seperti mana Galen dan Hippocrates. Sehingga abad ke-15, silibus
pelajaran media di Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu
karya Abu Qasim iaitu Kitab al-Masnur.
Sebahagian
daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam bahasa
Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519).
Bukunya yang lengkap mengenai ulasan pembedahan, Abulcasis de Chirurgia
Arabice et Latine Cura Johannis Channing, telah diterbitkan di Venice
pada 1479, Basla (1541) dan Oxford (1778). Karyanya yang lain ditemui
dalam buku History of Medicine jilid I oleh M.Neuberger pada 1910 dan
Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der Arabischen
Literatur jilid I pada 1898.
3. AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL
Sumbangan
Al-Razi
telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi
perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu
perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun,
jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi.
Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang
bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga
orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.
Al-Razi
juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab:
Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang
terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan
bius. Beliau juga menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau
mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap
kesihatan.
Al-Razi
adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu
sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan
selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama
yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau
menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap
keamatan cahaya.
Al-Razi
juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau
mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang
dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang
dikeluarkan melalui saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga
telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan
campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua
penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit
tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al
Habsah.
Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi:
a. Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembut
b. Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melarat
c. Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka
Al-Razi
juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau
menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini:
"Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit,
membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan".
Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor
pula akan hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu
sendiri".
Hasil Karya
Al-Razi
telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah
berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan
tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang
telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb,
Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah.
Kitab
al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini juga
dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yaang merangkumi ilmu perubatan
patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Sepanjang
hidupnya, beliau telah membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan.
Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan
tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab
al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens' oleh
doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut)
pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga
1528M, 1578M dan 1745M di Paris.
Kitab
al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh
beliau. Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu
Mansur Ibn Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada
1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber AlMansoris'. Ia
mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke
dalam bahasa Jerman dan Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah
ditulis oleh Gerard Cremona dengan nama 'Nonus Al-Mansuri' adalah teks
terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16.
Kitab
al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama
berkenaan penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin buat kali pertama pada 1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa
lain dan diulang cetak sehingga 40 edisi di antara 1498-1866M. Ia telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh William A. Greenhill di
London pada 1848M. Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf
sebagai kajian sistematis yang sulung dalam sejarah perubatan. Pada masa
yang sama juga, beliau telah menyarankan beberapa petua untuk merawat
kedua-dua penyakit tersebut.
4. Al-Farabi
Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tarkhan
(Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di
Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta
penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan
muzik.
Di
dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan
lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada
pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga
berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar,
1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah
pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.
Al-Farabi
turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori
muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004,
Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga
terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm.
Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan
menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi
sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.
5. Al-Kindi
Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ishaq al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 M (Dipetik http://www.muslimheritage.htm
). Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak
menghasilkan bukubuku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah
diterjemahkan kepada bahasabahasa Eropah antaranya, Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan The Necessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004).
Al-Kindi
juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila
digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara
yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak
menyenangkan (Dipetik di http://www.muslimphilosophy.com). Al-Kindi juga
berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping
turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap
kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).
No comments:
Post a Comment